PEMILIK BLOG...

PEMILIK BLOG...
INGIN CANTIK DENGAN KURNIAAN TUHAN?

Order/Booking Form

*
*
*
*
*
*
*
contact form faq verification image

Web form generated by 123ContactForm

Wednesday, September 21, 2011

Sauna

Aktiviti Mandi Peluh ataupun Sauna selalunya dikaitkan dengan kecantikan kulit. Tapi sebenarnya, kebaikan sauna bukan setakat tu saja, ia punya manfaat yang cukup besar untuk kesihatan tubuh
Biarpun begitu, ramai yg tidak punya pengetahuan tentang perkara ini. Berikut adalah beberapa kebaikan dari sudut kesihatan daripada aktiviti mandi peluh yg mungkin anda selalu lakukan.Keluarkan Toksin dari tubuhPeluh yg keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yg diketahui, pori-pori yg membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yg ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah & bersih.
Meningkatkan metabolismeBagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!!
Kurangkan stressFaktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasanya, setelah selesai melakukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan denga sauna hingga membuatkan fikiran lebih damaiSembuhkan masalah kulitPanas ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.Membunuh bakteria & virusMandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya me‘nyah‘ toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses pemanasansuhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus; meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
KEHEBATAN Mandi Wap Panas di rumah..Adakah anda prihatin tentang berat badan dan kesihatan anda? Sila perhatikan manfaat bersauna dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain:
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori
Tips Untuk Kesihatan:
Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap kali.
Tiga (3) kali penggunaan seminggu sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian.
Minum air secukupnya sebelum dan selepas penggunaan sauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan.
Penggunaan ketika kekenyangan adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.
Tips Untuk Mengurangkan Berat Badan:
Lakukan mandian 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10-15 minit lagi .
Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya.

Payu Dara Panjangkan Usia Lelaki

Merenung payudara wanita selama 10 minit mampu memanjangkan usia lelaki antara 5 hingga 6 tahun. Bukan jenaka tetapi itulah hasil penemuan sekumpulan penyelidik selepas 5 tahun menjalankan kajian ke atas 200 lelaki tulen di Eropah. Kajian yang diketuai oleh penyelidik wanita iaitu Dr Karen Weatherby di dalam New England Journal Of Medicine menyatakan bahawa renungan selama 10 minit sehari itu bersamaan dengan 30 minit bersenam di gimnasium.

Merangsang Kepintaran Bayi

Merangsang Kepintaran Bayi

Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama kehidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembelajaran. Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.
Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:
1. Bertentang mata. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.
2. Bercakap-cakap dengannya. Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.
3. Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh. Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi.Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.
4. Jelirkan lidah. Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.
5. Hasilkan buku binatang. Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk di jadikan album.Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.
6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya. Ketawa langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.
7. Tunjukkan perbezaan. Pegang dua keping gambar beberapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada).Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.
8. Berkongsi pandangan. Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9. Nyanyikan lagu untuknya. Kajian menunjukkan mempelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya. Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.
11. Beri kata kunci. Jika anda berkata; “Ibu nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.
12. Beri kejutan. Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.
13. Sediakan banyak tisu. Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.
14. Baca buku berulang kali. Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta mem bantunya mempelajari bahasa.
15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa. Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
16. Main dengan warna. Pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.
17. Biarkan dia bermain dengan makanannya. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
18. Jangan lupa rehat. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

Tuesday, September 20, 2011

Higoat

Harga Promosi Higoat Biasa : RM 28.00 (Harga sebenar : RM 36.60)

Khasiat Susus Kambing :

• Susu terbaik selepas susu Ibu

• Tidak menyebabkan alahan, kuatkan system Imunisasi

• Bersifat Alkali

• Tingkatkan daya kepekaan tumpuan dan ingatan

• Lancarkan sistem Penghadaman dan Usus

• Membantu mengubati Kanser

• Demam kuning, Gastrik dan Ulser

• Asma (lelah), Pemyakit Kulit, Sukar tidur

• Membantu merawat senggugut

• Darah tinggi & Lemah jantung

• Tidak menyebabkan kahak

• Memulihkan tenaga batin dan awet muda

• Kencing manis, Batuk kering dan Gout

• Imbangi gula dalam darah & Kolesterol

• Menguatkan jisim tubuh yang sihat (Tulang, Gigi, Otot, Sel-sel Kulit & Tisu saraf)

Sifat Susu Kambing :

• Rendah Laktosa

• Tinggi Protein

• Tinggi Kalsium

• Tinggi Selenium

• PH Alkali

• Molekul Lemak Halus

Bio-Oil

Harga Promosi : RM 33.00 seunit


Bio-Oil® ialah produk pakar penjagaan kulit yang membantu untuk memudarkan kesan parut dan warna ton kulit yang tidak sekata. Formulasi terkini didalam Bio-Oil® yang mengandungi PurCellin Oil™, sangat berkesan untuk pelbagai masalah kulit termasuklah penuaan kulit dan kulit kering.

Bio Oil 60ml.
Harga Promosi : RM 33.00 seunit

Pakar penjagaan kulit untuk:

1. Parut
2. Bekas kulit teregang

3. Ketidakseragaman warna kulit

4. Penuaan kulit

5. Kulit kering

Keistimewaan bio oil


1. Hasil yang terbukti secara klinikal

2. Vitamin A dan E

3. Minyak Kalendula, Lavender, Rosemary dan Kamomil

4. Tidak berminyak dan penyerapan yang cepat

5. Sesuai untuk kulit yang sensitive

6. Tiada pengawet

7. Halal




MINYAK pati memainkan peranan yang semakin penting dalam amalan penjagaan kecantikan kulit untuk wanita yang ingin memiliki kulit cantik dan wajah tanpa cela. Malah, lelaki zaman kini turut mementingkan paras rupa dan berusaha untuk memberikan penampilan terbaik dengan bantuan produk penjagaan kulit. Antaranya adalah penggunaan Bio-Oil, minyak pati serba guna, yang membantu untuk mengurangkan kesan parut.
Bio-Oil bukan saja dinobatkan sebagai produk parut dan kesan regangan nombor satu, tetapi produk penjagaan badan nombor satu di United Kingdom. Ia memiliki pelbagai manfaat, daripada membantu memperbaiki kesan parut sehingga mengurangkan kesan regangan dan menyamaratakan warna kulit. Namun, dari sehari ke sehari, lebih banyak kegunaan baru ditemui. Ia turut membantu menggantikan minyak semula jadi kulit, memastikan penghidratannya dan bertindak dengan cekap untuk merawat kesan penuaan dengan menegang dan melicinkan kulit muka dan badan yang kendur dan berkedut.
Tanpa diketahui ramai, Bio-Oil juga bermanfaat membantu mengurangkan kesan gigitan serangga, pancaran matahari, penuaan, kesan jerawat, kegatalan, kulit melecur serta parut parut akibat demam campak Menerusi sambutan daripada pengguna, Bio-Oil kini boleh didapati dalam saiz botol yang lebih besar iaitu 125 mililiter. Bio-Oil yang lahir di benua Afrika ini diluluskan dari segi ujian kulit sensitif dan hipoalergenik, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit.

Sabun Susu Beras & Krim Susu Beras






Krim Susu Beras (NOT 100502103K)

SAIZ BESAR - Harga Promosi Kami : RM 53.00 [Harga Pasaran : RM 60.00 (SM) / RM 64.00 (SS)]
SAIZ MINI – Harga Promosi Kami : RM 33.00 [Harga Pasaran : RM 36.00 (SM) / RM 40.00 (SS)]

Sabun Susu Beras (NOT 100402181K)
SAIZ BESAR - Harga Promosi Kami : RM 17.00 [Harga Pasaran : RM 20.00 (SM) / RM 24.00 (SS)] – 55 gram
SAIZ MINI – Harga Promosi Kami : RM 8.50 [Harga Pasaran : RM 10.00 (SM) / RM 12.00 (SS)] – 20 gram



Memperkenalkan produk baru di pasaran, Sabun Susu Beras dan Krim Susu Beras. Pernahkah anda mendengarnya sebelum ini. Kalau sabun susu kambing mungkin anda pernah mendengar atau melihatnya. Sebenarnya produk berasaskan susu beras memang terkenal sejak zaman datuk nenek kita lagi. Sekarang tukarkan daripada penggunaan Bedak Sejuk kepada Sabun Susu Beras. Lihatlah kebaikan dan keberkesanannya.

Kebaikan Dan Kelebihan
* Menaikan Aura seri wajah secara semula jadi.

* Menjadikan kulit cerah, Halus dan tegang tanpa pengelupasan.
* Menanggalkan kotoran minyak, sel kulit mati, parut jerawat dan jeragat.
* Menanggalkan bekas make-up pada kulit muka.
* Menghilangkan kesan hitam pada bawah ketiak, celah-celah paha dan siku.
* Sesuai digunakan untuk orang yang mengalami masalah kulit dan resdung.
* Mampu memberi kesan kesegaran sepanjang hari serta badan tidak melekit walaupun berpeluh.
* Boleh mengatasi bau badan.

Testimoni: